Friday, December 4, 2009

5A Scorers

Pelajar Cemerlang UPSR 2009
Tanggal 19 November 2009 - Keputusan UPSR diumumkan di seluruh negeri.Seramai 9 orang murid mendapat keputusan 5A dan 2 orang mendapat keputusan  4A.

Murid-murid cemerlang UPSR 2009

1) NUR SYAHIRAH BT MASZAHAR
2) SARAH FATHIYAH BT MUBARAK
3) AQILAH BT REZALI
4) NUR ADAWIYAH ZAHURAH BT MOHD SABIR
5) NABILAH BT YUSRA
6) NOR NABILA BT ABD WAHAB
7) MOHD HELMI B JAMIL
8) ARRVIND KUMAAR A/L SHASHI KUMAR
9) MOHAMAD NOR FITRI B ABD HALIM
10) MUHAMMAD DANIAL BIN HASNAN
11) NURAFIFAH BT ZULKARNAIN



Nabilah bersama ibu dan ayah tersayang. 
Adawiyah bersama ibunya.



                                                                      Nor Nabila bersama ibu.




Bergambar bersama guru - Cikgu Mohd Rozhan dan Cikgu Afidawati.  Tahniah !!

Wednesday, December 2, 2009

Aktiviti-aktiviti bulan November' 09 - part 4

Lawatan/Melancong ke Genting Highlands - Kuala Lumpur -09,10 & 11 November 2009
Lawatan sekolah di adakan selama 3 hari 2 malam.seramai 41 orang murid serta 3 orang guru pengiring menyertai rombongan ini. Antara tempat- tempat yang dikunjungi ialah Genting Highlands, & Kuala Lumpur(KLCC, Planetarium, dan Tugu Negara)


Rombongan tiba di Genting Highlands



Sebahagian daripada ahli rombongan.


Bergambar di Suria KLCC

Aktiviti-aktiviti bulan November' 09 - part 3

Perkhemahan di Kem Bina Diri- Teluk Air Tawar - 07/11/2009 & 08/11/2009

Perkhemahan Unit Beruniform di adakan selama 2 hari di Kem Bina Diri. Terdapat seramai 50 orang murid menyertai perkhemahan ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya taklimat menghadapi kecederaan ringan, bantuan awal pernafasan(CPR), cara ikatan tali, rock climbing, latihan kawad dan sebagainya. Selain itu, aktiviti kerohanian juga disertakan dan peserta dikehendaki solat berjemaah serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Abdul Malek.




Peserta melakukan aktiviti pemasangan khemah


Perserta melakukan aktiviti latihan kawad




Peserta sedang melakukan aktiviti Rock Climbing

Aktiviti-aktiviti bulan November' 09 - part 2

Pertandingan Memasak (Thn 6 Bestari) - 05/11/2009









  • Murid2 sedang menyiapkan menu Nasi Goreng Ayam








  • Sedang menyiapkan menu sup sayur    















Pertandingan memasak di adakan untuk murid tahun 6. Terdapat pelbagai menu yang disajikan oleh murid-murid, dan hasilnya juga amat menyelerakan!!


Lihatlah hasilnya...menyelerakan..!
                              

Aktiviti-aktiviti bulan November' 09 - part 1

Sesi Penggambaran Sekolah - 2 November & 3 November



Gambar Guru-Guru Sesi Pagi 2009



Gambar  Guru-Guru Sesi Petang 2009

Monday, September 14, 2009

MOTTO SEKOLAH

Menuntut:-
Menuntut ilmu adalah satu perkara yang disuruh oleh agama Islam.
"Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad".



Berilmu:-
Memberikan pendidikan yang berkualiti dan berterusan
melalui pendekatan yang menyeluruh
bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia
berlandaskan aspirasi negara.



Friday, September 11, 2009

Sejarah Sek.Keb. Machang Bubok(SKMB)

Berdasarkan cerita lisan, sekolah ini telah di asaskan pada tahun 1912. Penduduk kampung dengan semangat gotong-royong telah mendirikan sebuah sekolah di kawasan berbukit di Jalan Gajah Mati, iaitu lebih kurang 2 kilometer daripada tapak asal sekolah sekarang.

Sekolah asal ini berbumbungkan atap, berdindingkan pelepah dan berlantaikan papan. Ini terbukti berdasarkan kesan tangga batu yang masih ada hingga ke hari ini. Seramai 15 orang murid lelaki yang belajar bersama dengan 3 orang guru sukarela yang mengajar ketika itu.

Sekitar tahun 20an, sekolah ini telah dipindahkan ke suatu kawasan tanah rata berhampiran dengan Sungai Kulim yang terletak tidak jauh daripada kawasan sekolah asal. Bangunannya tetap sama dengan lama tetapi lantainya diperbuat daripada simen. Ketika ini bangku panjang dan meja telah digunakan. Terdapat juga murid perempuan yang belajar di sekolah ini. Tetapi pada sekitar tahun 30an, sekali lagi sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan sekarang iaitu berhampiran dengan jalan raya. Bangunan dan strukturnya sama dengan bangunan kedua.

Kira-kira pada tahun 1942, sebuah bangunan bertiang konkrit, telah dibina dan bumbungnya diperbuat daripada genting serta mempunyai kerangka kayu yang kukuh. Ianya kekal hingga ke hari ini. Beberapa orang guru berpengalaman telah ditempatkan untuk bertugas di sekolah ini sehingga melahirkan cerdik pandai Melayu yang berjaya menjawat jawatan guru dan berkhidmat di sekolah yang sama.

Tahun 1964, sebuah bangunan baru dua tingkat dibina bersebelahan bangunan sedia ada. Bangunan ini dilengkapi dengan 4 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru besar dan tandas. Dengan adanya bangunan baru ini sekolah dapat beroperasi dengan lebih selesa.

Tahun 1986/1987, sebuah lagi bangunan baru dua tingkat dibina bersebelahan bangunan yang sedia ada. Ini menjadikan 3 buah bangunan semuanya. Bangunan baru ini menempatkan 5 bilik darjah, perpustakaan , bilik sumber, 2 buah setor, dan 2 buah tandas.

Sehingga tahun 1994, sekolah ini telah dapat menampung seramai 363 orang murid dengan 20 orang guru dan 5 orang kaki tangan bukan guru. Tahun 2004 murid sekolah ini telah meningkat kepada 567 orang dengan 17 buah kelas. Sekolah ini tidak dapat menampung keperluan semasa kecuali ada pertambahan bangunan. Apabila sekolah baru dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II yang terletak kira-kira 2.7 kilometer , maka berlaku pengurangan jumlah murid. Pada tahun 2007 jumlah murid hanya seramai 439 orang dengan 14 buah bilik darjah. Walau bagaimanapun, sekolah ini masih kekurangan bilik darjah dan bilik-bilik khas yang selesa. Sehingga kini tahun 2009, jumlah murid adalah 412, manakala bilangan kelas adalah 14 buah bilik darjah. Sekolah ini menjalankan dua sesi persekolahan pada pertengahan Jun 2009 iaitu selepas cuti persekolahan penggal pertama. Kini, sekolah ini sedang mengalami proses pembinaan bangunan baru dua blok empat tingkat seperti yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia ke 9.

Wednesday, September 9, 2009