Wednesday, November 10, 2010

Program Perkhemahan Unit Beruniform

 Pada 29-30 Oktober yang lalu, Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim. Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid tahun 4,5 & 6. Program ini juga turut diserta oleh warga guru SKMB untuk program LDP.Pelbagai aktiviti telah disertai oleh murid-murid serta guru. Mari kita lihat gambar aktiviti perkhemahan ini.. 

Aktiviti Murid-murid.

Minum petang sebelum memulakan aktiviti petang.

Ceramah motivasi

Senaman Pagi.

Ceria sebelum memulakan aktiviti 'Jungle Tracking'

sebelum memulakan aktiviti kayak


Terima sijil penyertaan & cenderamata dari GB.

Ceria..dah nak balik..

Bergambar beramai-ramai untuk sesi perkhemahan 2010.


Program Hari Kokurikulum

Pada 29 Oktober yang lalu, Program Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan di Padang Balai Polis Machang Bubok.Program ini bermula pada pukul 7.30 pg-12.00 tgh.

Perlaksanaan Program
1) Senamrobik
2) Pertandingan Sukaneka Tahap Satu
3) Pertandingan Bola Baling Lelaki & Perempuan antara rumah


Murid-murid tahap 1..ceria membuat senamrobik.

Barisan guru-guru SKMB..

Cikgu Mazlan ceria bersama murid-murid

yeah, gaya senamrobik Puan Azizah (PKKK)

Barisan AJK hadiah. Dr kiri Pn. Suraya, Pn. Afidawati & Pn.Fadzilah

Murid-murid tahap 1.bersedia menulakan acara sukaneka

Pengacara Majlis: Ustazah Normadiah & Pn. Vicky

Pertandingan Bola Baling untuk murid tahap 2

Acara Sukaneka.cepat dik..cepat.

Sesi undian untuk penentu kawasan.

Acara bola baling, tangkap bola tu..

Sesi penyampaian hadiah. Hadiah disampaikan oleh Pn Safinar.

Tuesday, November 9, 2010

Berbasikal ke Kem Syruz, PLKN Machang Bubok

Pada 13 Oktober 2010 yang lalu, Aktiviti Berbasikal ke Kem Syruz telah di adakan dan disertai oleh murid-murid tahun 6. Murid-murid lelaki bersama sebahagian murid perempuan bertolak ke Kem Syruz dengan berbasikal dan diiringi oleh guru pengiring serta beberapa anggota polis untuk mengawal lalulintas.Setelah selamat tiba, murid-murid mengikuti senaman pagi yang diketuai oleh pelatih kem, Pn. Su.Setelah selesai, murid-murid menjalani 7 latihan halangan yang telah disediakan di kem tersebut dengan dipantau oleh jurulatih PLKN.
Berkumpul beramai-ramai..sebelum Acara Berbasikal di mulakan. 

Murid perempuan dilepaskan dahulu untuk memulakan acara ini.


Dah penat..murid-murid menolak basikal sewaktu menaiki bukit.

Dah sampai..Acara Senamrobik pula..murid-murid membuat tarian poco-poco

Senam pun dah selesai..tarik nafas ..

Tekun mendengar taklimat mengenai halangan titi hayun..

halangan yang seterusnya

halangan yang seterusnya


halangan 'Tarzan'

mendengar taklimat untuk halangan seterusnya

sesi senaman ringan

Membuat halangan pertama

terjatuh pula..takpa,cuba lagi.

cepat..sikit ja lagi..

dah selesai pun suma..sekarang masa untuk makan.

Terima Kasih pihak PLKN Machang Bubok.InsyaAllah..kami akan kembali lagi..:)